Pada asalnya aku tak nak tulis pasal isu ni..tetapi selagi aku tak tulis,selagi tulah fikiran aku terganggu.Lagi terganggu bila aku baca tulisan dan pandangan orang lain yang masih tidak ada yang sama dengan apa yang aku fikirkan.
Ok lah...ini adalah apa yang aku fikirkan...
Kenapa berita pasal sufiah ni tiba-tiba jadi hot semacam jer? kenapa hah? Adakah kerana dia ni budak genius?.Emm..memang dia genius tapi mungkin subject matematik jer kot...kalau subjek lain mungkin dia akan fail kalau dia ambil exam...korang fikirlah
sendiri.
Macam mana pulak dulunya kita boleh tabalkan yang dia ni adalah seorang budak genius hah? Adakah kerana dia terer matematik semata-mata? Adakah kayu pengukur kegeniusan
seseorang itu terletak pada subjek matematik hah?.Emm...macam kes Adi Putra sekarang nilah...Matematik jer yang dia terer..Kalau macam tu,dekat sekolah lebih baik kita ajar subjek matematik jer...baru ramai orang boleh jadi genius. Korang fikirlah
sendiri...
Lagi...baru-baru ni dalam suratkhabar ada dituliskan macam-macam tentang orang-orang
dan badan-badan yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengembalikanya kepangkal jalan.
Sampai nak pakai-pakai bomoh..terbangkan bomoh tu kesana..sampai kaitkan yang budak ni
dah kena ilmu hitam...tak faham betul aku!!!. Kenapa sampai begitu sekali kesanggupan
kita untuk menghulurkan bantuan pada dia ni.Jangan salah faham plak..bukan aku tak
suka korang nak tolong..tapi aku rasa dah macam terover sangat la plak..atau pun
mungkin suratkhabar yang terlebih publisitikan cerita ni kot...Nape aku bebel macam
ni...sebabnya...Si Sufiah ni satu warganegara dengan kita ke?Mak dan ayah dia pun satu
warganegara dengan kita jugak ker???
Bukan apa...sepanjang dia duduk kat sana tu..ada tak dia pernah cerita kat orang lain
pasal Malaysia ni...ingat ke diaorang kat Malaysia ni...apa sumbangan diorang pada
tanah air Malaysia ni...dia mengaku tak yang dia tu ada darah keturunan Malaysia...ada
ke orang-orang kat sana mengenali dia tu sebagai seorang rakyat Malaysia...aku rasa
haram tak pun...so, yang kita nak banggakan sangat tu apahal????Korang fikirlah sendiri...
Ye...mungkin ada orang kata kita nak tolong dia diatas dasar sama agama dengan
kita..senang cerita 'nak tolong sesama islam la...', atau pun ada udang disebalik batu
kot...korang fikirlah sendiri...
Macam nilah....kalau korang nak tolong sangat diatas dasar itu aku nak mintak korang
semua hulurkan pertolongan korang dulu pada budak-budak perempuan islam yang kat
tanahair kita dululah. Tak perlulah kita nak pergi tolong yang nun jauh dimata..kata
orang..gajah depan mata tak nampak...kuman diseberang jalan nampak plak...
Ditanah air kita berapa banyak budak-budak perempuan islam yang jual tubuh mereka,
ataupun bagi free jer ikut dia suka cuma bezanya diaorang ni tak buat iklan dalam
internet dan satu lagi...jangan kerana diaorang ni bodoh matematik kita tak layan
ataupun ikhtiarkan sesuatu pada diaorang sepertimana kita buat untuk Sufiah
ni...Korang fikirlah sendiri...
Untuk kes ni korang nak pakai bomoh ke, apa ke ikut suka korang lah..aku akan sokong
200%.Sufiah tu sorang jer...yang kat tanah air kita ni..berpuluh..silap-silap
beratus...silap-silap..beribu!!!Korang fikirlah sendiri...
Kalau ikutkan banyak lagi aku nak tulis...tapi mata aku dah layu giler dah..
Apapun aku menyeru kepada korang yang baca bebelan aku ni supaya kita sentiasa
sama-sama berdoa kepada yang esa semoga semua umat islam dimuka buminya ini akan
sentiasa diberikan hidayah dan terlindung dari segala perkara-perkara yang tidak
diingini dan bukan nya berdoa untuk Sufiah sahaja...
Maafkan aku...
aku : tak sampai hati aku nak letakkan gambar telanjang dia kat blog aku ni..kesian plak rasanya..
satu lagi...betul ke tak orang yang dikatakan ni adalah Sufiah..silap2 super impose...takpun,ntahlah..
korang cari dan tengoklah sendiri gambat tu...
Friday, April 4, 2008
Sufiah @ Shilpa lee
Labels: Umum
Wednesday, March 26, 2008
Seloka Pilihanraya...
Perak hari tu tengah sengsara, nak tentukan MB pun payah gila.
Bergaduh sini,bergaduh sana.Sampai sultan pun nak di durhaka.
Penang pula tak payah lah nak cerita. Dah sah dah DAP yang akan jaga.
Senyum lebar sampai ke telinga.Tergadai juga akhirnya.
Selangor pulak ada ceritanya..
Parti PKR yang jadi ketua…nak kata melayu tak juga,nak kata India pun bukan juga, nak kata Cina rasanya tak ada..Timbalan MB kejap ada,kejap tak ada.Bagi satu nak dua, bagi dua silap-silap mintak tiga.
Kedah jugak cepat settle, bagi kat PAS habis cerita.
Tak payah nak berjela-jela. Gaduh sini, gaduh sana.
Tapi PAS pun pembangkang juga.
Kelantan lagi la, langsung dah tak ada dalam peta.
Ops!!Aku tak sokong pun mana-mana.Kalau ada pun, itu rahsia.
Jangan cuba salah sangka. Saja je aku nak berseloka. Seloka khas pilihanraya.
Sana sini heboh sentiasa. Cerita pasal pilihanraya.
Yang menang tengah sibuk tempah meja.
Yang kalah pulak tak henti-henti garu kepala, dok fikir lepas ni nak kerja apa.
Silap-silap dihantuknya. Kalau kat tilam tak ape..takut kat dinding batu,jawabnya habis cerita. Maklumlah selama ini reti dok bercakap ajer. Kempen sini,kempen sana.
Buat kerja, haram tak tahu apa benda.
Yang menang pulak jangan dok teruja. Orang dok tengok banyak mata.
Janji yang dikata adakah dikota. Pening jugak kepala.
Apa tidaknya, nak buat tidak sesenang yang dikata.Hah..sekarang padan muka.
Silap hari tidur pun dah tak lena, makan pun dah tak selera.
Silap-silap mandi pun tak juga. Ambil tuala, main lap aja.
Mana tidaknya…RM6000 untuk sekeluarga, TOL pulak silap-silap dah tak ada.
Air pulak, 20meter padu dapat percuma aja.
Banyak lagi kalau aku nak cerita, tapi aku ambil yang penting-penting saja.
Lagipun, manifestonya tak semua aku baca….
Ok lah, lain kali aku sambung lagi seloka..
Pasal Nurul Izzah YB yang jelita...
Dengan Terengganu yang gila kuasa..
Lagi di…http://malayakini.blogspot.com
Sunday, March 23, 2008
Kau Kata...
Bahang panas pilihanraya masih belum lagi reda.
Kau marah…kau bengang..dan kau kata melayu derhaka. Kau kata melayu lupa. Dan kau kata segala-galanya. Kenapa? Mengapa?.
Kau tuduh melayu itu..kau tuduh melayu ini…kau kata melayu itu..kau kata melayu ini..kau kata ‘melayu harus berjaga-jaga’. Seperti amaran sesama bangsa.Siapa yang tak sokong siapa persoalannya…jangan hanya melihat sebelah mata,jangan hanya mendengar sebelah telingga. Betul ke melayu pangkah lain bangsa? Bukti apa yang ada? Bila kalah kenapa hanya itu dinampaknya. Kalau benar sekali demikian rupa jadinya, siasatlah betul-betul apakah puncanya. Bukan nya main tuduh membabi buta, bukanya main kata ikut suka. Seolah-olah kau sahaja yang sayang bangsa.
Kalau semuanya adil dan saksama, terbela dan terjaga..kenapa perlu pangkah lain bangsa…tidak ada guna itu semua. Melayu mana yang tak sayang Negara..tanah air yang tercinta…Melayu yang mana mahu gadaikan bangsa…melayu mana yang mahu hilang semuanya!!!!!! Lagi-lagi kau kata…melayu lupa dan melayu derhaka. Mana melayu mahu sengsara…mana melayu mahu derita!!!!
Melayu sendiri yang punya angkara…andainya maruah tidak terbela….andainya nasib tidak terjaga..andainya tanah air bertukar bangsa….bukan melayu tak tahu itu semua.
Melayu tidak mahu berputih mata…
Dulu semasa melayu percaya…kenapa melayu yang dilupa…melihat melayu sebelah mata…mendengar melayu sebelah telingga…yang terdekat sahaja yang didengarnya, yang disebelah sahaja yang dipandangnya..
Melayu bukan tak sayang Negara....melayu seolah-olah terpaksa. Apa lagi pilihan yang melayu ada. Semoga ada yang buka mata. Semoga tiada yang pekakkan telinga. Biarlah ini yang pertama dan biarlah ini juga yang terakhirnya. Jadi pengajaran untuk selamanya.
Kau kata melayu lupa…kau kata melayu derhaka…Apakah kau tidak lupa?Apakah kau tidak derhaka?Apakah kau taat setia pada agama,bangsa dan Negara…?
Lagi di....http://malayakini.blogspot.com
Monday, March 10, 2008
Malayan Emergency
In the nineteenth century Britain claimed Malaya and parts of Borneo as colonies. Many local Malays did not want their country to be a colony of Britain but they were not strong enough to remove the colonial power. This continued through to World War 2, when, in 1941, the Japanese invaded and defeated the British, and occupied the area, ‘liberating’ it from colonialism (but in fact imposing their own often brutal colonial rule).
During this period the British trained and equipped many local Malays and Malay Chinese as guerrilla groups to fight the Japanese. The Chinese in particular hated the Japanese because of their invasion of and brutal behaviour in parts of China in the 1930s.
At the end of the war, the British wanted non-communist Malays to take control - but the Malay Chinese, many of whom were communists, wanted Malaya to be a communist country, so they started to fight the British.
1957 population figures for Malaya:
Malays - 3.12 million
Chinese - 2.33 million
Indians - 0.69 million
Others - 0.12 million(Federation of Malaya Year Book 1959)
The Malay Communists had the potential support of many local Malay Chinese - who had been badly treated by the government, denied land rights, and were economically very poorly off after the war. They sometimes helped, but rarely hindered, the active Malay Communists.
On 16 June 1948 three British planters were executed by communist terrorists (CTs) and a State of Emergency was declared by the British government.
One early tactic was to move many Malays in fringe areas to new villages, to keep them away from the Malay Chinese communist influence. This was initially resented, although it improved their living conditions eventually.
From 1951, the British started a campaign to ‘win the hearts and minds’ of the Malays, as well as defeating the CT guerrillas. The tactic was to isolate the guerrillas from community support, and drive them into the jungle where existence was difficult. Patrolling would keep them on the move, and break up their concentration of strength, wear them down, and destroy their hidden supply and ammunition caches. Aerial bombing would also be a part of this continual harassment.
The Malay and British governments asked Australia for military support. The Australian government was keen to help; Communism seemed to be on the spread in Asia; support would stabilise a friendly government in the region; it would also maintain a traditional commitment to Britain; it would also show that Australia was a good ally ready to help its South East Asian Treaty Organisation allies. It also suited Australia to meet any potential enemy in other countries: Prime Minister Menzies said in 1955, ‘...if there is to be war for our existence it should be carried on as far from our shores as possible’.
By 1955, when Australian troops arrived in Malaya, the war against the CTs was being won, but needed a long and wearying ‘cleaning up’ process - in which the Australians took part.
Friday, March 7, 2008
Malaya Under Attack
Attack Launched - Dec 8th - On the 4th December 1941, Yamishita’s preparations were put to the test as the Japanese convoy left Samah harbour heading for Malaya.
Z Force - Dec 10th - Churchill’s deterrent to the Japanese Navy, the battleship Prince of Wales and the battle cruiser Repulse, called Z Force and commanded by Admiral Tom Phillips.
Jitra - Dec 11th - No defenses were in operation, antitank mines laid in piles, the defenses had not been wired for communication and the trenches were waterlogged. The troops started the impossible task of preparing to defend this vital stronghold, but time running out.
Penang - Dec 17th - The island of Penang was known by the British as Fortress Penang but in reality it had four anti-aircraft guns and a garrison of 500 untrained troops.
Long Retreat - Dec 18th - Jan 11th - Percival had a problem, although the Perak River was a natural defence, it stretched from Telok Anson in the south to beyond Koala Kangsar in the north and he had lost a great number of his troops.
South Malaya - Jan 13th - Jan 31st - Wavell took over the command while the Japanese were bursting through our defenses at the Slim River, there was now no natural obstacle left to stop their advance.
Friday, February 29, 2008
Invasion of Malaya
The invasion of Malaya began shortly after midnight on 8 December 1941. Two hours later, No 1 Squadron RAAF, based at Kota Bahru, in north-east Malaya, was airborne. Soon, two of the Hudson bombers were shot down, and Flying Officer John Dowie, the only survivor of the two crews, became the first Australian prisoner of war captured in Malaya. That same morning, an Australian corvette, HMAS Maryborough, patrolling off south-east Malaya, intercepted a Japanese fishing boat, the Fukuyu Maru, the first Japanese vessel captured by an Allied warship. On the west coast of Malaya, No 21 Squadron RAAF at Sungei Patani suffered devastating air raids and by the evening of 8 December both Sungei Patani and Kota Bharu airfields had been evacuated.
On 9 December, No 8 Squadron, which also had gone into action, was evacuated from Kuantan airfield. On 10 December, the destroyer HMAS Vampire became the first Australian ship in action against the Japanese when HMS Repulse and HMS Prince of Wales were sunk off the east coast of Malaya by enemy aircraft. Vampire and the three other escorting destroyers were able to rescue over 2000 survivors from the two British ships.
The 110 wounded Australians and 40 wounded Indians left behind at Parit Sulong were brutally stabbed and incinerated by the Japanese with just one man, badly hurt, surviving to tell the story at war's end.Over on the west coast, on the night of 26-27 January, the Australian 2/18th Battalion successfully ambushed a Japanese force at Jemaluang, south of Mersing. Under the command of Lieutenant-Colonel Arthur Varley, supported by two batteries of the 2/10th Field Regiment, the 2/18th sprang their ambush between 2 am and 3 am. Brigade headquarters ordered Varley to withdraw after first light, after they encountered heavier attacks from the enemy. Nevertheless, the Australian action was a stunning success which turned the Japanese force inland, rather than continue pushing south along the west coast. The 2/18th lost 98 troops killed or missing, but Japanese losses were heavier.
Air and naval forces also continued to be heavily engaged. Hudson bombers of Nos 1 and 8 Squadrons RAAF bombed enemy positions, and patrolled out to sea, and Nos 21 and 453 Squadrons RAAF with Buffalo fighters, outclassed by Japanese 'Zero' fighters, fought on. Other Australians flew in British squadrons, some in outdated Vildebeest biplane torpedo-bombers that lost heavily. On 27 January, HMAS Vampire, together with HMS Thanet, took part in an attack on a superior Japanese surface force off Endau on the east coast. The British ship was lost during the battle and HMAS Vampire only narrowly escaped being sunk. Australian corvettes endured many air attacks escorting incoming convoys, one of which included the cruiser HMAS Hobart.
By 30 January 1942, the Japanese XXV Army had advanced to the Strait of Johore at the southern tip of Malaya. The weary British, Australian and Indian troops made their way over the Causeway to Singapore Island and on 1 February, after the last man had crossed, engineers blew up sections of the Causeway to isolate the island.
Labels: Umum
Monday, February 25, 2008
Japanese Invasion of Malaya

The British possession of Malaya was a major source of rubber and tin. At its tip was the powerful naval base on the island of Singapore. Veteran Japanese troops of the 25th Army landed in the north and pushed through the jungle terrain. British armed forces, though nominally more numerous, were poorly equipped and inexperienced and were defeated by the end of January 1942.
The Japanese army first landed in southern Thailand and northern Malaya on December 8, 1941. This was one arm of a major offensive throughout the Pacific Theatre that included the destruction of the American Fleet in Hawaii and the invasion of the Philippines and Hong Kong. All this took place in the span of several hours. Immediately, the Japanese began air raids upon air fields in Malaya and Singapore. The Japanese overran allied defences in the Kota Bharu region and infiltrated Kuala Lipis, Kuala Trengganu and Kuantan. On the western side of the peninsula, the Japanese picked their way along the railway line into the regions of Jitra, Gurun, Kampar and the Slim River.
Throughout the two-month battle for Malaya, the Army Medical Services fought their own war to save lives. As the Japanese advanced and the allied lines retreated, soldiers were evacuated to nearby hospitals. These hospitals were then evacuated as the Japanese approached, with the wounded being transported either to hospitals further south or, if possible, to Singapore.
The situation in Singapore became increasingly chaotic. As the Japanese pushed their way south to force the allied army retreat, the stream of people and equipment into Singapore turned into a flood. The medical services on the island were on the verge of collapse. The anticipated number of 8,690 hospital beds in Singapore by the end of 1941 should have been sufficient. However, because few wounded had been evacuated out of Malaya since the beginning of the campaign, the beds were nearly all occupied.
In order to cater for the incoming wounded, hospitals made every effort to expand their facilities. Alexandra Military Hospital managed to accommodate an estimated 900 patients by the time the Japanese arrived on its doorsteps on February 14. The hospital had recently been expanded to 550 beds, but in order to squeeze in another 350 patients, make-shift beds ("camp beds") were placed in between existing beds, in corridors and throughout every available space in the hospital.
The scarcity of beds was compounded by the lack of water. F.A.E. Crew, author of The Army Medical Services, explains, "the piped water supply of the hospitals quickly became utterly insufficient; water had to be carried to the wards and theatres in buckets, and in buckets the refuse and the excrement had to be carried out." It was reported that by the 14th of February, water had been rationed in Alexandra Hospital to one pint per man per day. This was already a serious threat in the tropical heat and humidity where dehydration was always imminent. But in a hospital, the consequences of a water shortage were disastrous: hygiene became impossible, bed linen and clothing lay in piles with no hope of being washed, and men in desperate need of rehydration could only be given rations.
The medical services had deteriorated to such an extent that Brigadier C.H. Stringer, commander of the medical services for the Malaya Force, recommended to Lieutenant General Percival on the 11th of February that from a medical standpoint it would be wise to capitulate immediately before the outbreak of malaria and hygiene-related diseases became uncontrollable. On February 15, it was conceded that even from a military standpoint, there was no option but for the allied forces to surrender to the Japanese.
:- aku nengok ada gak orang nippon yg minat masuk blog ni..so aku letaklah skit kisah diaorang..arigato gozaimas..haik!
Labels: Umum
Wednesday, February 20, 2008
ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT - ALI 'SETAN'
APABILA disebut nama Azmi l Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmi l, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Warta wan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmi l di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.
Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana .
Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria . Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.
Puas hati macam mana?
nggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berka wan , tengok pun mereka tak bagi.
Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.
Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria , dalam bas kalau hanya ada seorang wan ita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia , biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.
Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.
Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia .
Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England , Afrika Selatan , Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan.. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.
Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.
Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.
Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.
Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.
Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran. (Di Amerika , Azmi l belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmi l dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato' Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmi l mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred AMula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria .
Di sana , anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak.. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya. Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam ( Syria ), bumi para anbiya'.
Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.
Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.
Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?
Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada ka wan -ka wan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah. Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?
Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?
Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih 'terjajah'. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia , kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.
Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..
Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden.
Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan. Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.
Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.
Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.
Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita.. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal. Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.
Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.
Nasihat kepada rakan artis..
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
Monday, February 18, 2008
Tolong!!! Anak Pontianak Bogel!!!!!!
Labels: Artis
Up,Up and Away : Manchester United trash Arsenal 4-0!
There was a great deal of hype going into Saturday's matchup of the Mighty Devils vs. the Gunners. The Manchester United squad played at home and under pressure, coming into the game after last week’s emotional loss to Manchester City, 2-1. Arsenal’s players were full of confidence, having defeated Blackburn 2-0 on Monday. But they were missing a few key players. Senderos, Clichy, Sagna, Almunia, Walcott, Van Persie, and Rosicky were all unavailable, and Adebayor did not start. Manchester United manager Sir Alex Ferguson took a risky move, leaving goal machine Cristiano Ronaldo out of the squad (Ronaldo has 27 goals this season). Carlos Tevez did not play either, which left Wayne Rooney alone at the top with Park and Nani supporting from the wings.
Manchester United dominated the game from the very beginning, with Rooney leading the Devils in the first 16 minutes. Darren Fletcher scored four minutes later with a cross from Nani, putting United up, 2-0. The third goal was the real masterpiece. Michael Carrick showed brilliant vision and found Nani lurking outside the box with the perfect ball. Nani struck a left-footed shot past Lehmann. United was up, 3-0. By now the game was surely passed Arsenal, and Jens Lehmann's performance did not help to improve his chances of keeping a permanent place when Almunia gets fit.
Van der Sar comfortably collected the rare chance that fell to Bendtner and Eduardo. Darren Fletcher added to Arsenal's woes at the 74-minute mark and Manchester United moved even further ahead, 4-0. This was a sensational performance by United, knocking Arsenal out of the FA Cup and warning that the Red Devils are coming. It was a brilliant fight back. Rooney returns, Saha and Park are fit, and Ronaldo and Tevez are fresh after some well-earned rest.
Both Darren Fletcher and Nani played excellently throughout the game and Michael Carrick once again filled the role of the unsung hero.
Labels: Sukan
Dua Kereta Celaka!!!
Disatu hari yang petang, balik kerja, biasala time2 macam balik kerja macam ni. Jalan sure jam giler punyer...bukan setakat gila ajer,babi sekali. Alaa...tapi benda ni dah biasa dah sebenarnya. Kalau tak, tak bandaraya sebenarnya.
Kecelakaan yang aku nak beritahu kat sini adalah berlaku disalah sebuah plaza tol. Semua orang tahu yang waktu orang ramai balik kerja adalah peak hours. Dekat plaza tol pulak tau la macam mana keadaanya. Berbaris panjang...kadang-kadang tu dekat 2km panjangnya. Tak kiralah lorong mana,tunai ke,touch n go ke ataupun smartag. Yang lancarnya lorong motor...he..he...
Yang celaka dan lahanatnya, dalam keadaan orang lain sedang beratur panjang dengan penuh kesabaran, ada 2 biji kereta yang teramat celaka ni dengan laju memecut di tengah-tengah lorong diantara 2 barisan yang lain. Bila sampai je dekat pondok tol...dia terus masuk kan kepala kereta dia (jolok laa..) dengan memotong kereta orang lain yang dah lama beratur nak bayar. Cuba la korang bayangkan macam mana perasaan korang kalau kena macam tu. Kadang kala tu ada jugak yang agak berhemat dalam melakukan kerja potong q ni...macam bagi signal ke,angkat tangan sikit ke..ok gak kalau macam tu walaupun nak marah. Tapi kalau macam tu, marah pun sikit-sikit je lah...ini tidak...terus masuk!!!!
Aku bukan nak tulis banyak sangat pasal benda ni...sebab aku tau tak merubah apa-apa. Aku cuma nak sound sikit dekat korang 2 ekor ni iaitu korang berdua ni memang CELAKA!,
CIBAI!,LAHANAT!,BODOH!,BANGANG!,SETAN!,FCUK!,NAK MAMPUS! punya orang!!!!!!
Kalu aku ada bawak camera hari tu, dah sah aku dah ambil gambar kereta korang berdua. Tapi nasib korang berdua baik sikit...aku tak bawak. Apapun aku sempat salin no plat kereta korang berdua msa engkorang berdua mencelah tu dengan muka engkorang berdua yang selamba macam je macam babi!!! Aku tak tahulah apa jenis korang berdua ni. Mungkin jenis yang teramat kurang ajar kot!!!Memang sial!!! Tak berhati perut langsung!!!
Ok lah..kereta yang aku maksudkan tu adalah, iswara aeroback warna hijau bernombor BGF 530X dan yang satu lagi teksi yang bernombor HBA 54X. 'X' tu korang letaklah sendiri. Aku tak nak malukan diaorang sangat sebenarnya.Sebab tu aku tak nak letak plat penuh. Aku masih lagi ada hati dan perut. Pandai-pandai korang lah nak usya...
Last sekali, kalau korang berdua ada baca blog ni (aku rasa tak kot,coz korang berdua ni memang bodoh punya orang),korang berdua ingatlah baik-baik apa yang korang dah lakukan dekat plaza tol tempoh hari. Dan aku rasa bukan aku sorang sahaja yang bengan dengan korang berdua...orang lain pun aku rasa lagi banyak maki hamun korang berdua...terutama kereta yang korang berdua kenakan tu.
Cukup 40 orang kata celaka kat korang berdua, korang berdua memang akan celaka forever!!!
Itik balik reban pun pandai beratur...
Labels: Jalanraya
Keimanan mantap lahir sifat amanah
SAIDATINA Khadijah memilih Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangannya ke Syam kerana kemahiran perniagaan baginda dan sifat amanah yang sebati dengan baginda yang dikenali sebagai al-Amin.
Sifat ini tidak dimiliki pada peniaga lain di Makkah. Modal yang penting ini amat diperlukan dalam menguruskan soal kewangan, maklumlah tidak ramai orang selamat dengan ujian duit yang kadang-kadang “berhantu.”Sebelum punya apa-apa, ramai orang selamat dan boleh dipercayai tetapi jika duit depan mata ramai yang menjadi ‘buta’.Sifat amanah datangnya daripada dorongan iman. Bukan sebarang iman, tapi iman yang merasakan diintip oleh ‘kamera Ilahiyyah’ sahaja yang akan melahirkan amanah.
Perkataan iman melahirkan al-Amin dan dari sini lahirlah perkataan ‘al-Aman’, kemudian melahirkan al-Amanah.Maknanya, iman yang mantap akan membuatkan seseorang punya prinsip dan mempertahankan kejujuran. Kejujuran adalah mahkota keperibadian seseorang. Apabila ada prinsip maka lahirlah adab dan jika adab ini dapat diulangi ia akan menjadi sebati.
Apabila sebati ia akan menjadi tabiat. Bila sudah nampak sangat dan dirasai, bila bergaul secara spontan terdetik untuk ‘cop’ dengan gelaran al-Amin. Manakala orang al-Amin sahajalah yang akan membawa al-Aman.
Al-Aman maknanya selamat. Selamat daripada menyusahkan orang, selamat apabila amanah diserahkan. Bila iman bermasalah, sekadar iman ilmu hanya berteori, maka tidak ada aman lagi. Bila tidak aman, maka tidak boleh harap. Orang yang tidak boleh harap kerana sudah tiada amanah. Tiga perkataan ini sangat berkait tanpa satu yang lain tidak akan terlihat. Hari ini kita dengar cerita mengenai penyelewengan dan korupsi. Ia bukan masalah sosial sahaja tetapi iman yang mandul.
Iman yang hanya tersimpan dalam bentuk maklumat bukannya iman di hati yang merasa “diperhati.” Orang yang ditimpa penyakit khianat tidak layak memegang jawatan.
Jika Allah sudah tidak diendahkan lagi apa lagi ketua yang tidak punya kepakaran untuk memantau pekerjanya sepanjang masa lagi mudah ditipu. Hendak memperbetulkan sifat amanah mesti diperbetulkan dulu iman.Kita dengar ada cerita soalan peperiksaan bocor. Sepatutnya biar pecah di perut dan tidak pecah di mulut menjadi wirid dan zikir kepada penjaga amanah.Sekarang di perut pun sudah jadi najis manakala yang di mulut pun tersembur keluar, yang rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi. Semua orang sudah tahu.
Sebenarnya harta adalah amanah, jawatan adalah amanah, anak-anak adalah amanah, masa adalah amanah, kemaluan adalah amanah, keremajaan juga amanah.
Saidina Umar pernah menguji seorang pengembala kambing yang mengambil upah menjaga kambing-kambing di padang pasir.
“Boleh tak kalau pakcik nak beli kambing-kambing ini,” kata Umar. Gembala itu menjawab: “Tidak boleh kerana ini bukan kambingku.”
Kata Umar: “Bolehlah aku beli sebab tuan kau tak ada, tak nampak dan tak tahu kau jual kambing ini.”
Berkata gembala itu: “Tidak boleh kerana walaupun tuan aku tak tahu dan tak nampak tapi Tuhan tuan aku tahu dan nampak.”
Begitulah jika rasa berTuhan ada dalam diri nescaya amanah yang dipikul dan dijunjung tidakkan punah.
Labels: Tazkirah Pilihan
Sunday, February 17, 2008
Muda cemerlang, tua biar terbilang
RASA syukur meresapi diri kerana hingga saat ini kita masih bernafas di bumi Allah. Diberi kesihatan, kecergasan, kesenangan malah kelapangan masa agar kita dapat manfaatkan semua kurnia itu untuk menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat.
Kata-kata “masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak mencantasnya dia akan memotong kamu” memang benar kerana masa ibarat senjata tajam yang amat berguna jika digunakan dengan cara betul dan baik, namun jika tidak betul cara mengguna masa, nescaya ketajaman masa itu akan memakan diri kita sendiri.
Mereka yang tidak memanfaatkan masa sebaik mungkin akan mewarisi seribu ketinggalan dan kemunduran sama ada dalam pekerjaan, rumah tangga, pelajaran, pergaulan, teknologi, politik mahupun agama.
Ketika semua bersyukur dan berbangga di atas kejayaan rakyat Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, menjejak kaki ke angkasa lepas. Jangan pula kita masih seperti pungguk yang menantikan bulan, kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak mungkin datang bergolek.
Masa berlalu pantas tanpa kita sedari. Sebulan Ramadan yang berkat sudah berlalu dan setahun lagi baru muncul kembali, tanpa kita tahu apakah kita masih menyedut udara di bumi ini pada tahun depan. Kejar dan gunalah masa keemasan yang kita miliki kini. Islam amat mengambil berat mengenai masa sehingga Allah bersumpah dengan masa bukan sekali, malah berpuluh kali dalam al-Quran.
Ada satu surah khusus dalam al-Quran iaitu surah al-Asr (Masa) yang intipatinya menegaskan bahawa manusia berada dalam kerugian jika tidak manfaatkan masa untuk beriman dan beramal soleh serta tidak berpesan-pesan sesama manusia dengan kebenaran dan kesabaran.
Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w berpesan kepada umatnya agar memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu: masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.
Masa muda jangan persia-siakan, kecergasan fizikal dan mental sepatutnya digunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman sebaik dan sebanyak mungkin, kerana apa yang terjadi pada hari tua bergantung apa yang kita lakukan ketika usia muda.
Masa muda tidak bertahan lama, bila tiba hari tua keremajaan dan kemudaan hanya tinggal kenangan. Bila tua kadang-kadang tidak indah, tenaga sudah lemah, selera sudah menurun, sakit-sakit pula selalu singgah.
Remaja atau anak muda yang cemerlang akan menjadi warga emas yang gemilang. Manakala yang kecundang menguruskan masanya akan menjadi warga emas yang malang. Bukan rugi di dunia saja, akhirat juga dipersoal, usia remaja bagaimana dijalani.
Masa sihat pula adalah nikmat yang sangat berharga. Badan kita milik Allah, maka wajib kita jaga amanah ini sebaik mungkin. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan kita disifatkan oleh al-Quran sebagai mencampakkan diri dalam kebinasaan.
Namun, ramai tidak menghargai nikmat sihat ini sehingga membinasakan diri dengan mengambil dadah, kokain, Ecstasy, ketagihan alkohol mahupun rokok, atau menjadi Mat Rempit yang mendedahkan diri kepada kecelakaan.
Gunakan masa sihat untuk menuntut ilmu dan pengalaman serta membantu yang lain di samping melaksanakan ibadat, bukan menyamun, merompak, memperkosa, menyusahkan orang lain atau melakukan perkara dilaknat.Masa kaya adalah nikmat juga ujian bagi kita. Ramai yang terpesona dengan kekayaan dimiliki. Kekayaan tidak kekal, ia boleh bertambah dan hilang sekelip masa.Kekayaan adalah amanah, maka cari kekayaan dan gunakan mengikut peraturan Allah. Harta boleh dicari sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan lalu dilanda laknat dan diazab. Atau bukan seperti Tha'labah yang kaya harta tetapi subur kebakhilan.
Perlu diingat, kaya adalah alat untuk mencapai kebaikan dan keburukan. Dengan harta kita boleh menjadi dermawan, dengan harta juga kita boleh menjadi tamak haloba. Dengan harta kita boleh ke syurga, dengan harta juga kita boleh ke neraka.
Masa dan peluang terakhir yang disebut Rasul s.a.w ialah yang amat penting dan tidak mungkin dicuaikan iaitu masa hidup sebelum mati.
Kata Saidina Ali: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedialah dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan (nikmat) selepas mati.” Maka fikir-fikir dan renungkanlah.
Labels: Tazkirah Pilihan
Glory Manchester United!!!!!!!
Gembiranya dalam hati....bila MU menang lagi!!!!! Dengan Arsenal plak tu...musuh ketat tu bro!!!! Tak kisah la untuk FA Cup aja pun..janji Arsenal kena belasah!!!! Hua!!! Hua!!!Ha!!!!
Wayne Rooney opened the scoring on 16 minutes before Darren Fletcher made it two four minutes later. Nani put the Reds three-up seven minutes before half-time, while Fletcher grabbed his second on 74 minutes.In his 100th FA Cup tie, Sir Alex made five changes to the side that lost to Manchester City last weekend. Rooney and Patrice Evra returned from suspension, while Ji-sung Park, Michael Carrick and Fletcher were all handed starts. Ryan Giggs, Owen Hargreaves and Cristiano Ronaldo were rested, no doubt with Wednesday’s Champions League trip to Lyon in mind.
United lined up in a 4-5-1 formation with Rooney working the line as the lone striker. Support was close at hand from Fletcher, Nani, Carrick, Park and the outstanding Anderson and it was the Brazilian who produced the Reds’ first effort on goal. With nine minutes gone, Anderson lashed a first-time volley goalwards after Evra’s attempted cross was block. The shot was on target but Arsenal goalkeeper Jens Lehmann saved well down to his right.
The Reds continued to press and both Rooney and Fletcher came close to capitalising on a stray Arsenal backpass. Luckily for the Gunners, their German stopper was alert to the situation as he sprinted from goal to clear.More......
Labels: Sukan
Wednesday, February 13, 2008
Valentine's Day Dalam Pandangan Islam
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS. Al-Isro: 36)
Hari Valentine (St. Valentine's Day) atau biasa disebut sebagai hari kasih sayang jatuh pada tanggal 14 Febuari. Hari tersebut sangat populer di negara-negara Eropa dan Amerika. Pada hari itu terutama kaum remaja merayakan dengan hura-hura. Mereka datang ke pesta-pesta, berdansa semalam suntuk, saling memberi hadiah coklat, dan kegiatan-kegiatan yang berbau maksiat lainnya. Bahkan hal-hal yang hanya boleh dikerjakan oleh pasangan suami-istri juga mereka lakukan. (Naudzubillah min dzalik)
Bagaimana di Indonesia? Tampaknya tidak jauh berbeda dengan remaja-remaja luar negeri sana. Mereka yang notabenenya muslim-muslimah, menjiplak habis-habisan perilaku permisif dan serba halal yang dilakukan oleh orang barat. Hal ini, tentu saja sangat memprihatinkan karena kalau dilihat dari latar belakang sejarah perayaan Valentine bukan bersal dari ajaran Islam. Tapi bukan hanya itu masalahnya. Akan tetapi perayaan Valentine selalu dibarengi dengan kegiatan-kegiatan yang mubazir, berbau jahiliah dan cenderung kepada kemaksiatan.
Secara etimologis Valentine berasal dari kata Valentinus yang artinya adalah suatu kartu ucapan selamat yang dikirimkan kepada orang-orang yang disayangi, baik yang benar-benar disayangi atau pura-pura disayangi.
Berdasarkan yang dikutip dari Webster's New 20th Century Dictionary perayaan Valentine berasal dari perayaan Lupercali. Yaitu upacara ritual yang dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno setiap tanggal 15 Februari sebagai penghormatan kepada Lupercus dewa padang rumput yang dideskripsikan mempunyai tanduk, kaki, dan telinga seperti kambing. Pada perayaan itu nama-nama wanita dimasukkan kedalam jambangan bunga. Setiap pria yang hadir mengambil secarik kertas. Wanita yang namanya tertera dalam kertas itu menjadi teman kencannya semalam suntuk.
Kemudian pada tahun 469 pihak gereja yakni Paus Celecius merubah menjadi tanggal 14 Februari untuk mengenang kematian seorang pendeta yang bernama Saint Valentine yang tewas sebagai martir pada abad III (martir adalah istilah yang dipakai untuk orang-orang yang mati mempertahankan prinsip-prinsipnya) dan menetapkan menjadi Saint Valentine's Day. Pastor Valentine ditangkap dan dipenjara karena menentang kebijakan kaisar Romawi (Cladius II) yang melarang pemuda-pemudi untuk menikah. Sang kaisar menginginkan pemuda-pemuda yang lajang untuk menjadi tentara dan pergi berperang. Tetapi sang pastor malah dengan diam-diam menikahkan sepasang muda-mudi. Hal ini diketahui oleh sang kaisar. Bukan main marahnya sang kaisar, akibatnya sang pastor mengakhiri hidupnya dengan tanpa kepala (dipancung) pada tanggal 14 Februari 269.
Ketika pastor Valentine dipenjara, banyak surat-surat simpati dari para pemuda yang sedang kasmaran yang ditujukan kepadanya. Melalui surat itulah mereka mengungkapkan perasaan sayangnya kepada kekasihnya dan berharap mereka bila menikah.
Sebenarnya kalau kita menyadari apa yang sebenaranya terjadi dibalik perayaan Valentine tentulah kita tidak akan berminta. Allah telah berfirman dalam Al Baqoroh: 120.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." ( QS. Al- Baqaroh: 120)
Jelas sudah bahwa mereka senantiasa benci kepada kita kecuali kita berpartisipasi pada acara ritual mereka, model pakaian dan pola pikir yang mereka miliki. Dan perayaan Valentine adalah salah satu sarana mereka untuk memurtadkan kita tanpa kita sadari. Dan media massa seperti koran, tabloid, televisi, radio, majalah dan lain-lain, adalah sarana yang sangat efektif untuk kampanye program-program mereka. Jika terlibat didalamnya kita akan dijerumuskan kedalam kemaksiatan tanpa kita sadari.
Valentine adalah kegiatan ritual yang bukan berasal dari Islam. Dalam pemahaman Islam, kegiatan ritual yang bukan berdasarkan syariat Islam dan tidak dicontohkan Rasulullah SAW seperti halnya Natal, Tahun baru Masehi, Imlek dan sebagainya maka harus kita sikapi seperti Rasulullah mensikapi tawaran kaum Quraisy untuk sama-sama melaksanakan ibadah secara Islam dan ibadah jahiliah secara bergantian. Tawaran tersebut dijawab oleh Allah dengan firmannya:
"Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku". (QS. Al Kaafirun: 6)
Dalam masalah aqidah dan ibadah, Islam mengajarkan kita untuk bersikap tegas. Dengan begitu kemuliaan Islam dan umatnya akan terjaga. Dinul Islam sarat dengan nilai kasih sayang. Bahkan tegaknya Dinul Islam atas dasar kasih sayang. Coba simak firman Allah SWT berikut:
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar." (QS. Al-Fath:29)
Sejalan dengan itu Rasulullah juga pernah menyampaikan:
"Belum sempurna iman seseorang hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
Kasih sayang dalam Islam bersifat Universal. Ia tidak dibatasi oleh ruang dan waktu, ia juga tidak dibatasi oleh objek dan motif. Kasih sayang diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditinpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar.
Sudah saatnya pemuda Islam sadar dari keterpurukan dan bangkit menyongsong masa depan yang sudah berada di tangan Islam. Kalau tidak sekarang kapan lagi, kalau bukan kita, lalu siapa lagi.
Sumber: Sejahtera Bersama Umat (SBI)
Labels: Tazkirah Pilihan
Tuesday, February 12, 2008
Monday, February 11, 2008
Surat khabar ke buku no. ekor!!???
Aku rasa aku perlu tulis tentang isu ni. Sebabnya boleh dikatakan setiap hari aku baca suratkhabar ni. Dulu aku rasa benda tu tak ada la terlampau menyerlah sangat...tapi sekarang ni dah macam nak jadi buku nombor ekor pulak. Itu yang aku tertanya tanya tu...suratkhabar ke atau buku nombor ekor yang aku baca ni!!! Dulu aku rasa kalau ada pun, kecik je columnya. Nampak tak nampak jer bendanya..tapi sekarang ni kalau kita tengok dah nak masuk sampai 2 muka surat untuk menatang tu sahaja. Masuk akal ke tak masuk akal.Cuba lah korang fikirkan sendiri untuk orang-orang yang ada akal fikiran yang dianugerahkan tuhan.
Kalau kita fikir dalam-dalam dan baik-baik,suratkhabar tu majoriti pembeli dan pembacanya adalah orang melayu...yang sudah semestinya adalah beragama islam!!! Fikirlah sikit!!!! Jangan nak buat-buat bodoh pulak!!! Dah kalau engkorang tahu macam tu..yang korang pergi letakkan menatang nombor ekor banyak-banyak dalam suratkhabar tu nak buat apa.
Engkau orang tanggung dosa diatas apa yang korang lakukan tu...korang tahu tak???? Mana tak berdosanya, engkau orang ni seolah-olah menggalakkan orang islam terutamanya melayu pergi beli menatang nombor ekor tu!!! Silap-silap korang pun memang kaki ekor kot...sebab tu korang tak kisah tentang benda-benda tu. Daripada orang tak tahu apa menatang tu,tapi dah disebabkan hari-hari dok tengok menatang nombor tu dalam suratkhabar...lama-lama terpengaruh jugakla dia orang...come on la.
Ada mata pandang,ada telingga dengar,ada otak fikirlah!!! Jangan semata-mata nak fikirkan keuntungan,benda-benda macam ni korang ambil ringan.Sayang seribu kali sayang andainya sememangnya hanya itu yang korang fikirkan semata-mata. Rasa-rasanya aku, yang paling ramai jadi editor ataupun wartawan untuk suratkhabar tu adalah orang-orang melayu yang beragama islam. Fikir-fikirkanlah wahai saudara seislamku. Adakah peranan anda adalah untuk
meruntuhkan moral orang-orang islam yang seagama denganmu...ataupun sebaliknya.
Buka-bukakanlan minda,renung-renungkanlah kembali...apakah yang dilakukan itu wajar ataupun sebaliknya.Tolonglah anda semua fikirkan kembali...tuan hamba semua bersekolah tinggi...
Tidak seperti hamba yang hanya SRP...
Labels: Umum
Ujian tanda Allah sayang.
Ujian umpama guru yang tidak bercakap,tetapi sangat mengajar dan mendidik,samaada ujian itu kecil atau besar ia adalah takdir allah. Semua ujian ada maksud tertentu,tetapi dek kerana jahil,apabila ditimpa ujian secara langsung atau tidak, kita cepat melatah.Justeru,kadang-kadang kita berasa Allah tidak adil atau Allah sengaja menyusahkan kita. Kalau ujian datang dari orang,orang dendam,marah dan tidak menghormati kita,kita juga cepat dendam dan buruk sangka. Yang dasyatnya lagi hati kita buruk sangka pada Allah.
Sebenarnya Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang,jauh sekali takdir Allah untuk menyusahkan hambanya.Ujian sebenarnya untuk melatih kita memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar,reda,tawakkal,baik sangka,mengakui diri sebagai hamba yang lemah,supaya kita makin susuah makin dekat dengan Allah, makin mengharap pertolongan Allah.Ujian hidup juga mengajar kita merasai dunia hanya nikmat sementara.Ujian juga menanamkan akidah betapa berkuasanya Allah. Apa kuasa Allah?
Allah boleh memberi dan mengambil bila-bila masa.Setiap ujian menunjukkan Allah boleh memberi dan mengambil dimana sahaja.Ujian juga mengajar kita membesarkan Allah,boleh memberi dan mengambil apa cara sekalipun.Jadi,dengan ujian kita makin dekat dengan Allah.Dengan ujian juga menanam sikap supaya berasa diri berdosa.Sebab itu bila kita susah,kita biasa ingat Allah.Ingat Allah satu rezeki,malah satu ibadat.Senang dan kaya kadang-kadang membawa alpa,maka dengan ujian kita ingat Allah.
Ujian umpama guru,mengajar kita supaya tidak tenggelam dalam dosa dan noda.Kadangkala juga bentuk ujian kesalahan dan dosa yang kita lakukan diketahui ramai orang.Sebenarnya bukan untuk Allah menghina kita,tetapi untuk memberikan ingatan supaya kita bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu. Memang kadang-kadang dosa itu sebenarnya pembalasan dan hukuman. Kita semua tahu setiap perbuatan dosa mesti dihukum,samaada didunia atau akhirat.
Insan yang dikasihi Allah akan menerima hukuman didunia dan Allah selamatkan diakhirat. Cara hukuman didunia ada pelbagai,antaranya didatangkan kesusahan, penderitaan,
kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh,hilang kuasa dan bermacam-macam lagi. Sekiranya kita boleh bersabar dan reda,kita bukab sahaja makin hebat,malah dosa digugurkan dalam kedudukan kita disisi Allah makin tinggi. Kalau mengeluh,tidak reda,merungut,memberontak akan menambahkan lagi dosa kita.
Begitulah Allah Maha Pengasih terhadap hambanya,Allah tidak hukum kita diakhirat kerana penderitaan dineraka berpuluh kali ganda lebih dahsyat. Jadi, kalau kita ditimpa kesusahan,anggaplah itu balasan yang menyelamatkan kita diakhirat.Kalau kita ditakdirkan miskin sebenarnya Allah nak latih diri kita sabar dan reda. Allah tidak takdirkan kita kaya sebab Allah sudah tahu kalau kita kaya kita menjadi sombong,bakhil dan terdedah dengan dosa kekayaan.
Pendek kata,orang mukmin apabila datang ujian mereka sabar,kalau miskin mereka reda,kalau menjadi pemimpin mereka berlaki adil,kalau menjadi pengikut mereka taat.Malah,kalau dia bersalah,dia memohon maaf dan kalau tidak bersalah dia memberikan maaf.
Labels: Tazkirah Pilihan
Thursday, January 31, 2008
Perkecil solat, iman binasa
GERABAK kehidupan kita akan terbabas tanpa rel. Syariat agama dalam kehidupan ibarat rel kepada kereta api dan tanpanya kereta api tidak akan sampai ke destinasi.
Tuhan mengurniakan kepada umat manusia landasan atau rel hidup yang kukuh iaitu al-Quran dan sunnah. Ia dua pusaka penting yang ditinggalkan nabi kepada umat Islam. Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.
Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku." Untuk berada di rel atau landasan hidup yang betul, kita perlu kepada ilmu dan menjadi individu celik syariat, tahu apa suruhan dan larangan Allah, kenal apa itu ibadat, prihatin apa yang terbaik dan utama bagi seorang Muslim dalam kehidupan.
Dalam surah Thoha ayat 123 Allah berfirman, maksudnya: "Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."
Untuk berjaya dan cemerlang, umat Islam perlu beribadat, malah dalam perancangan hidup, ibadat yang perlu diberikan keutamaan.
Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia. Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya.
Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam ialah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.
Ibadat solat adalah ibarat "tiang" dalam Islam. Sehingga di dalam peperangan pun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan selagi itu mesti solat.
Mengerjakan solat dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring.
Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring. Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati. Jika tidak dapat juga, sudahlah! Mari kita yang mengerjakan solat pada dia. Matilah tu dan solat itu namanya solat jenazahlah.
Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa memperkecilkan solat. Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah sosial. Gejala dadah, arak, persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa, ponteng sekolah, kes bunuh yang menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan kereta, "free sex" dan seribu satu macam masalah sosial.
Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau batal. Tidak masuk lagi soal khusyuk. Mengenai bacaan dan tajwid semuanya itu memberi erti solat yang tidak sempurna. Apabila solat tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai.
Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka yang mensia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menjadi sesat." Abdullah bin Abbas menyatakan maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan daripada waktunya.
Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”
Imam Abu Aaliayah berkata: "Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat, manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).
Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat. Malah, ada yang minta diusungkan ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.
Justeru itu, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.
Ustaz Mohammad Zawawi Yusoh
Sumber: mymetro-addin
Labels: Tazkirah Pilihan








