Monday, February 18, 2008

Tolong!!! Anak Pontianak Bogel!!!!!!

Salah satu topik yang sentiasa dicari orang bila melayari internet. Apatah lagi sekarang ni sedang hangat dan panas diperkatakan tentang anak pontianak bogel. Apa agaknya nak jadi dengan dunia kita sekarang ni.

Masaalahnya dalam masaalah yang bermasaalah macam ni, selepas glamor dan jadi bintang baru keluar isu-isu bogel macam ni. Itu baru jadi bintang yang tak berapa terkenal. Kalau dah dapat award nanti aku rasa lagi banyak kisah bogel-bogel nya akan disebarkan. Malang sungguh nasibmu wahai si anak pontianak. Apapun katamu yang gambar tersebut bukanlah dirimu, didalam erti kata yang lain dirimu menafikannya. Takpelah kalau macam tu. Kalau engkau tipu sekalipun Allah maha tahu segalanya. Apapun yang aku harapkan semua itu bukanlah dirimu. Aku tak tengok habis aaaa...aku cuma tengok sikit ajer.


Sekali imbas aku tengok memang aku kata memang itu engkau. Tapi entahlah.....kalau super impose sekalipun, mamat or minah yang buat tu memang terrer. Susahkan nak jadi orang yang terkenal nikan?? Ada saja orang yang dengki dan busuk hati dengan kita. Seandainya engkau masih lagi macam aku...tentu gambar-gambar macam tu takkan disebarkan.

Tapi pelik jugak aku rasa...kalau betul engkau kata gambar tu bukan diri engkau...lebih baik engkau buat report polis lagi bagus. Engkau boleh buat saman malu apa..katakan yang itu semua adalah fitnah keatas diri engkau. Berani kerana benar beb!!!

Untuk yang belum jadi artis dan yang terasa teringin nak jadi artis...aku nak nasihatkan supaya engkau orang periksa dulu atau ingat-ingatkan dulu samaada ada ke tak ada gambar-gambar bogel or separuh bogel yang korang pernah ambil ataupun orang lain ambil walaupun masa tu engkauorang masih lagi budak kecik...bahaya sesangat sekarang ni...

Engkau orang nilaikan lah sendiri....


Jadi kerani jelah..engkau orang nak bogel ke apa ke...takkan laku gambar tu...

0 comments: