Monday, February 11, 2008

Surat khabar ke buku no. ekor!!???

Aku rasa aku perlu tulis tentang isu ni. Sebabnya boleh dikatakan setiap hari aku baca suratkhabar ni. Dulu aku rasa benda tu tak ada la terlampau menyerlah sangat...tapi sekarang ni dah macam nak jadi buku nombor ekor pulak. Itu yang aku tertanya tanya tu...suratkhabar ke atau buku nombor ekor yang aku baca ni!!! Dulu aku rasa kalau ada pun, kecik je columnya. Nampak tak nampak jer bendanya..tapi sekarang ni kalau kita tengok dah nak masuk sampai 2 muka surat untuk menatang tu sahaja. Masuk akal ke tak masuk akal.Cuba lah korang fikirkan sendiri untuk orang-orang yang ada akal fikiran yang dianugerahkan tuhan.

Kalau kita fikir dalam-dalam dan baik-baik,suratkhabar tu majoriti pembeli dan pembacanya adalah orang melayu...yang sudah semestinya adalah beragama islam!!! Fikirlah sikit!!!! Jangan nak buat-buat bodoh pulak!!! Dah kalau engkorang tahu macam tu..yang korang pergi letakkan menatang nombor ekor banyak-banyak dalam suratkhabar tu nak buat apa.
Engkau orang tanggung dosa diatas apa yang korang lakukan tu...korang tahu tak???? Mana tak berdosanya, engkau orang ni seolah-olah menggalakkan orang islam terutamanya melayu pergi beli menatang nombor ekor tu!!! Silap-silap korang pun memang kaki ekor kot...sebab tu korang tak kisah tentang benda-benda tu. Daripada orang tak tahu apa menatang tu,tapi dah disebabkan hari-hari dok tengok menatang nombor tu dalam suratkhabar...lama-lama terpengaruh jugakla dia orang...come on la.

Ada mata pandang,ada telingga dengar,ada otak fikirlah!!! Jangan semata-mata nak fikirkan keuntungan,benda-benda macam ni korang ambil ringan.Sayang seribu kali sayang andainya sememangnya hanya itu yang korang fikirkan semata-mata. Rasa-rasanya aku, yang paling ramai jadi editor ataupun wartawan untuk suratkhabar tu adalah orang-orang melayu yang beragama islam. Fikir-fikirkanlah wahai saudara seislamku. Adakah peranan anda adalah untuk
meruntuhkan moral orang-orang islam yang seagama denganmu...ataupun sebaliknya.

Buka-bukakanlan minda,renung-renungkanlah kembali...apakah yang dilakukan itu wajar ataupun sebaliknya.Tolonglah anda semua fikirkan kembali...tuan hamba semua bersekolah tinggi...

Tidak seperti hamba yang hanya SRP...

0 comments: