Thursday, January 31, 2008

Perkecil solat, iman binasa

GERABAK kehidupan kita akan terbabas tanpa rel. Syariat agama dalam kehidupan ibarat rel kepada kereta api dan tanpanya kereta api tidak akan sampai ke destinasi.
Tuhan mengurniakan kepada umat manusia landasan atau rel hidup yang kukuh iaitu al-Quran dan sunnah. Ia dua pusaka penting yang ditinggalkan nabi kepada umat Islam. Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.

Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku." Untuk berada di rel atau landasan hidup yang betul, kita perlu kepada ilmu dan menjadi individu celik syariat, tahu apa suruhan dan larangan Allah, kenal apa itu ibadat, prihatin apa yang terbaik dan utama bagi seorang Muslim dalam kehidupan.

Dalam surah Thoha ayat 123 Allah berfirman, maksudnya: "Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."

Untuk berjaya dan cemerlang, umat Islam perlu beribadat, malah dalam perancangan hidup, ibadat yang perlu diberikan keutamaan.
Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia. Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya.
Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam ialah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.

Ibadat solat adalah ibarat "tiang" dalam Islam. Sehingga di dalam peperangan pun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan selagi itu mesti solat.
Mengerjakan solat dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring.
Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring. Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati. Jika tidak dapat juga, sudahlah! Mari kita yang mengerjakan solat pada dia. Matilah tu dan solat itu namanya solat jenazahlah.

Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa memperkecilkan solat. Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah sosial. Gejala dadah, arak, persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa, ponteng sekolah, kes bunuh yang menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan kereta, "free sex" dan seribu satu macam masalah sosial.

Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau batal. Tidak masuk lagi soal khusyuk. Mengenai bacaan dan tajwid semuanya itu memberi erti solat yang tidak sempurna. Apabila solat tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai.
Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka yang mensia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menjadi sesat." Abdullah bin Abbas menyatakan maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan daripada waktunya.
Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”

Imam Abu Aaliayah berkata: "Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat, manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).
Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat. Malah, ada yang minta diusungkan ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.
Justeru itu, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.

Ustaz Mohammad Zawawi Yusoh
Sumber: mymetro-addin

Wednesday, January 23, 2008

Superman Separuh Bogel (SSB)

Lepas satu,satu engkau buat hal...engkau tak serik-serik ke hah!!!

Kepala lutuk ko!!!! Superman konon!!!pirah rah mabok!!! Ko tengok sekarang apa dah jadi....sapa yang susah sekarang....ko jugak!!opps! sorry..mana ada kosorang je yang susah, ramai lagi yang susah akibat ke Superman ko tu!!! Itulah ko!!! Lain kali sebelum ko buat apa-apa ko fikir panjang la sikit...jangan nak fikir cari glamor mudah ajer!! Banyak lagi sebenarnya jalan yang ko boleh pilih dan gunakan untuk naikkan nama engkau tu. Dulu masa engkau masuk OIAM,bukan aku sajer yang undi ko,kawan-kawan aku,adik beradik aku dan termasuk lah wife aku yang undi engkau...engkau tak tahu semua tu!!.

Ya...aku akui engkau memang ada bakat...tapi kenapa engkau buat perangai macam tu...hangin betul aku...engkau nak bunuh karier engkau ke!!!Lain kali fikir la sikit brader..aku rasa engkau ni dah macam terover excited sangat kot...tak pun engkau cuba nak cari satu identiti supaya orang mudah ingatkan engkau.Alamak brader..kalau ye pun banyak lagi cara lain. Sebelum engkau jadi artis macam ni aku rasa engkau pun dah tahu peraturan-peraturan yang dah ditetapkan untuk seorang artis yang nak buat persembahan kat Malaysia.

Tak pun aku rasa engkau terkejut dengan title keartisan engkau sekarang ni...ye lah...dulu engkau artis yang perlukan kesopanan dan kesusilaan, kena pakai songkok or kopiah, jubah or seluar slack..sekarang ni lu dah rock!!! Itu pasal la lu terkejut kot. Kata orang kejutan budaya.Lain kali ingat sikit brader...serock mana pun lu..kalu tak ada orang yang undi lu masa OIAM tu dulu...lu takkan jadi rock macam ni.Sayang seribu kali sayang....Lu seolah olah sudah lupa akan daratan. Engkau tengok sekarang ni...aku rasa peminat-peminat engkau yang undi ataupun yang tak undi engkau dulu tentu dah naik menyampah dengan engkau sekarang ni.Tapi engkau tak boleh nak marahkan diorang...engkau kena marah kat Superman engkau tu...Tak tahu lah apa aku nak cakap kat engkau...kalau aku cakap panjang-panjang pun engkau bukannya nak dengar. Engkau dah Superman,engkau fikirkanlah sendiri.

Perlu aku nak ingatkan kat engkau bahawa yang tak pakai baju tu bukanyer Superman...itu Orang Minyak namanya!!!Hari tu nasib baik engkau bukak baju engkau ajer..kalau engkau tinggalkan seluar merah engkau ajer hari tu...lagi haru biru!!!Sedara...orang suka kat engkau sebab suara dan lagu engkau...bukannya kerana engkau tu Superman ke,Ultraman ke,Batman ke,Gaban ke,American Hero ke...dan macam-macam lagi lah hero-hero budak-budak kecik tu.Lepas ni aku harap engkau buatlah taubat nasuha...ko jangan buat lagi benda-benda yang bodoh macam tu.Yang penting sekarang ni,dalam tempoh engkau berehat ni..engkau ambillah masa untuk engkau muhasabahkan diri engkau tu..fikirkan strategi baru untuk engkau tarik balik peminat-peminat setia engkau yang dah kecewa dan bengan dengan engkau ok...engkau berehatlah dulu.
Engkau sabarlah banyak-banyak..engkau dan Superman engkau yang cari pasal.Siapa suruh...

Dibawah ni aku senaraikan hero-hero yang lain yang ko boleh pilih kalau ko nak berubah...selain daripada Superman POYO engkau tu...ok? Ko tengok-tengoklah yek..


Kalu tak berkenan..ko cari lah sendiri...ok?

Kalau engkau jadi CICAK MAN pun bagus jugak...tentu orang tak marah...

Tuesday, January 15, 2008

Dadah jer ker yang HARAM!!!???

Dah agak lama jugak aku perhatikan benda ni. Korang nak tahu tak apa benda. Alaa...papan iklan yang tulis 'DADAH ITU HARAM DISISI ISLAM'. Lebih kurang macam tulah. Papan iklan macam ni kita boleh tengok biasanya kat masjid. Nak tahu tak kenapa aku rasa terpanggil nak tulis pasal benda ni. Sebab nyer, lepas aku fikir dan tenung balik, aku rasa banyak lagi benda yang haram didalam islam tetapi tak pun dibuat kan papan iklan sebagai peringatan. Pelikkan? Korang tak pelik ker hah??korang tak terpokir ke hah?? Tu lah korang..


Kalau korang tak terfikir, biar aku buat korang supaya terfikir. Sebagai contoh, 'ARAK ITU HARAM DALAM ISLAM','BERZINAR ITU JUGA HARAM DALAM ISLAM'- dosa yang paling besar dalam agama kita, islam!!!!. Tapi kenapa benda ni semua tak dibuatkan papan iklan sebagai peringatan? Pelikkan??. Koranag tak pelik ker???. Kalu hendak dikatakan disebabkan negara kita ni masyarakat majmuk. Habis tu kenapa pulak pasal dadah tu gunakan hukum dalam islam?. Bukan nya orang islam jer yang hisap dadah ni?.Yang bukan islam pun ramai jugak. Betul tak??.

Bila aku fikir fikir kan balik, aku rasa aku dapat jawapannya. Betul ke tidak tak tahulah aku. Ini cuma pendapat aku. Kalau korang nak tahu kenapa, sebabnya ialah...jeng...jeng...jeng...

Sebabnya untuk kes dadah ni, yang berkenaan akan hilang banyak duit sebab nak pulih dan nak jaga simamat dan minah penagih ni kat pusat pemulihan!!!!!!.Duit beli ubat, sara makan minum diaorang dan tempat tinggal. Ini semua duit beb!!!!. Mana datang nyer duit untuk tanggung sipenagih-penagih ni??? Ala korang pun tahu kalu aku tak ceritakan..takkan datang dari langit kot...Hah...itu lah sebabnyer...kuang...kuang...kuang..

Nape yang lain seperti Arak dan Berzina tu tak dibuatkan papan iklan sebagai peringatan?
Hah...nilah jawapan nyer palak...aku rasa la..

Sebabnyer..Kalu buat macam tu...rugilah diaorang..nak tahu kenapa?Jeng..jeng..jeng..
sebabnya cukai arak tu tinggi beb!!!!! Bila orang islam takut, tak ada la orang islam nak beli....secara tidak langsung jatuh lah sales untuk air setan ni!!! Bila sales untuk air setan ni jatuh, secara tidak langsung, drop lah jugak....korang fikirlah sendiri...kuang...kuang...kuang...

Last sekali untuk kes berzina tu pulak....dia orang cuma buat iklan supaya pakailah kondom untuk elakkan daripada kena AIDS. Iklan yang macam ni secara tidak langsung mengpopularkan kondom!!! Kalu korang tanya budak-budak kecik kat kampung korang, diaorang kenal tak kondom, aku rasa diaorang kenal. Lepas tu kalau korang tanya kondom tu guna dia untuk apa...aku rasa tentu diaorang cakap untuk tak nak bagi 'mak mengandung'. Hah..tu dia jawapannya!!! So didalam erti kata yang lain...Ramai orang tahu yang kondom ni digunakan untuk elakkan daripada mengandung...bukannya nak elakkan daripada penyakit AIDS sangat....kalau dah macam tu, korang fikir-fikir lah sendiri....aku dah ngantuk dah...
Berjudi satu lagi yang haram dalam islam...kalu aku bukak cerita pasal benda nikan...tak tidur pulak aku nantikan..lain kalije lah..

Babi pun HARAM dalam islam...he...he...