Pada asalnya aku tak nak tulis pasal isu ni..tetapi selagi aku tak tulis,selagi tulah fikiran aku terganggu.Lagi terganggu bila aku baca tulisan dan pandangan orang lain yang masih tidak ada yang sama dengan apa yang aku fikirkan.
Ok lah...ini adalah apa yang aku fikirkan...
Kenapa berita pasal sufiah ni tiba-tiba jadi hot semacam jer? kenapa hah? Adakah kerana dia ni budak genius?.Emm..memang dia genius tapi mungkin subject matematik jer kot...kalau subjek lain mungkin dia akan fail kalau dia ambil exam...korang fikirlah
sendiri.
Macam mana pulak dulunya kita boleh tabalkan yang dia ni adalah seorang budak genius hah? Adakah kerana dia terer matematik semata-mata? Adakah kayu pengukur kegeniusan
seseorang itu terletak pada subjek matematik hah?.Emm...macam kes Adi Putra sekarang nilah...Matematik jer yang dia terer..Kalau macam tu,dekat sekolah lebih baik kita ajar subjek matematik jer...baru ramai orang boleh jadi genius. Korang fikirlah
sendiri...
Lagi...baru-baru ni dalam suratkhabar ada dituliskan macam-macam tentang orang-orang
dan badan-badan yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengembalikanya kepangkal jalan.
Sampai nak pakai-pakai bomoh..terbangkan bomoh tu kesana..sampai kaitkan yang budak ni
dah kena ilmu hitam...tak faham betul aku!!!. Kenapa sampai begitu sekali kesanggupan
kita untuk menghulurkan bantuan pada dia ni.Jangan salah faham plak..bukan aku tak
suka korang nak tolong..tapi aku rasa dah macam terover sangat la plak..atau pun
mungkin suratkhabar yang terlebih publisitikan cerita ni kot...Nape aku bebel macam
ni...sebabnya...Si Sufiah ni satu warganegara dengan kita ke?Mak dan ayah dia pun satu
warganegara dengan kita jugak ker???
Bukan apa...sepanjang dia duduk kat sana tu..ada tak dia pernah cerita kat orang lain
pasal Malaysia ni...ingat ke diaorang kat Malaysia ni...apa sumbangan diorang pada
tanah air Malaysia ni...dia mengaku tak yang dia tu ada darah keturunan Malaysia...ada
ke orang-orang kat sana mengenali dia tu sebagai seorang rakyat Malaysia...aku rasa
haram tak pun...so, yang kita nak banggakan sangat tu apahal????Korang fikirlah sendiri...
Ye...mungkin ada orang kata kita nak tolong dia diatas dasar sama agama dengan
kita..senang cerita 'nak tolong sesama islam la...', atau pun ada udang disebalik batu
kot...korang fikirlah sendiri...
Macam nilah....kalau korang nak tolong sangat diatas dasar itu aku nak mintak korang
semua hulurkan pertolongan korang dulu pada budak-budak perempuan islam yang kat
tanahair kita dululah. Tak perlulah kita nak pergi tolong yang nun jauh dimata..kata
orang..gajah depan mata tak nampak...kuman diseberang jalan nampak plak...
Ditanah air kita berapa banyak budak-budak perempuan islam yang jual tubuh mereka,
ataupun bagi free jer ikut dia suka cuma bezanya diaorang ni tak buat iklan dalam
internet dan satu lagi...jangan kerana diaorang ni bodoh matematik kita tak layan
ataupun ikhtiarkan sesuatu pada diaorang sepertimana kita buat untuk Sufiah
ni...Korang fikirlah sendiri...
Untuk kes ni korang nak pakai bomoh ke, apa ke ikut suka korang lah..aku akan sokong
200%.Sufiah tu sorang jer...yang kat tanah air kita ni..berpuluh..silap-silap
beratus...silap-silap..beribu!!!Korang fikirlah sendiri...
Kalau ikutkan banyak lagi aku nak tulis...tapi mata aku dah layu giler dah..
Apapun aku menyeru kepada korang yang baca bebelan aku ni supaya kita sentiasa
sama-sama berdoa kepada yang esa semoga semua umat islam dimuka buminya ini akan
sentiasa diberikan hidayah dan terlindung dari segala perkara-perkara yang tidak
diingini dan bukan nya berdoa untuk Sufiah sahaja...
Maafkan aku...
aku : tak sampai hati aku nak letakkan gambar telanjang dia kat blog aku ni..kesian plak rasanya..
satu lagi...betul ke tak orang yang dikatakan ni adalah Sufiah..silap2 super impose...takpun,ntahlah..
korang cari dan tengoklah sendiri gambat tu...
Friday, April 4, 2008
Sufiah @ Shilpa lee
Labels: Umum
Wednesday, March 26, 2008
Seloka Pilihanraya...
Perak hari tu tengah sengsara, nak tentukan MB pun payah gila.
Bergaduh sini,bergaduh sana.Sampai sultan pun nak di durhaka.
Penang pula tak payah lah nak cerita. Dah sah dah DAP yang akan jaga.
Senyum lebar sampai ke telinga.Tergadai juga akhirnya.
Selangor pulak ada ceritanya..
Parti PKR yang jadi ketua…nak kata melayu tak juga,nak kata India pun bukan juga, nak kata Cina rasanya tak ada..Timbalan MB kejap ada,kejap tak ada.Bagi satu nak dua, bagi dua silap-silap mintak tiga.
Kedah jugak cepat settle, bagi kat PAS habis cerita.
Tak payah nak berjela-jela. Gaduh sini, gaduh sana.
Tapi PAS pun pembangkang juga.
Kelantan lagi la, langsung dah tak ada dalam peta.
Ops!!Aku tak sokong pun mana-mana.Kalau ada pun, itu rahsia.
Jangan cuba salah sangka. Saja je aku nak berseloka. Seloka khas pilihanraya.
Sana sini heboh sentiasa. Cerita pasal pilihanraya.
Yang menang tengah sibuk tempah meja.
Yang kalah pulak tak henti-henti garu kepala, dok fikir lepas ni nak kerja apa.
Silap-silap dihantuknya. Kalau kat tilam tak ape..takut kat dinding batu,jawabnya habis cerita. Maklumlah selama ini reti dok bercakap ajer. Kempen sini,kempen sana.
Buat kerja, haram tak tahu apa benda.
Yang menang pulak jangan dok teruja. Orang dok tengok banyak mata.
Janji yang dikata adakah dikota. Pening jugak kepala.
Apa tidaknya, nak buat tidak sesenang yang dikata.Hah..sekarang padan muka.
Silap hari tidur pun dah tak lena, makan pun dah tak selera.
Silap-silap mandi pun tak juga. Ambil tuala, main lap aja.
Mana tidaknya…RM6000 untuk sekeluarga, TOL pulak silap-silap dah tak ada.
Air pulak, 20meter padu dapat percuma aja.
Banyak lagi kalau aku nak cerita, tapi aku ambil yang penting-penting saja.
Lagipun, manifestonya tak semua aku baca….
Ok lah, lain kali aku sambung lagi seloka..
Pasal Nurul Izzah YB yang jelita...
Dengan Terengganu yang gila kuasa..
Lagi di…http://malayakini.blogspot.com
Sunday, March 23, 2008
Kau Kata...
Bahang panas pilihanraya masih belum lagi reda.
Kau marah…kau bengang..dan kau kata melayu derhaka. Kau kata melayu lupa. Dan kau kata segala-galanya. Kenapa? Mengapa?.
Kau tuduh melayu itu..kau tuduh melayu ini…kau kata melayu itu..kau kata melayu ini..kau kata ‘melayu harus berjaga-jaga’. Seperti amaran sesama bangsa.Siapa yang tak sokong siapa persoalannya…jangan hanya melihat sebelah mata,jangan hanya mendengar sebelah telingga. Betul ke melayu pangkah lain bangsa? Bukti apa yang ada? Bila kalah kenapa hanya itu dinampaknya. Kalau benar sekali demikian rupa jadinya, siasatlah betul-betul apakah puncanya. Bukan nya main tuduh membabi buta, bukanya main kata ikut suka. Seolah-olah kau sahaja yang sayang bangsa.
Kalau semuanya adil dan saksama, terbela dan terjaga..kenapa perlu pangkah lain bangsa…tidak ada guna itu semua. Melayu mana yang tak sayang Negara..tanah air yang tercinta…Melayu yang mana mahu gadaikan bangsa…melayu mana yang mahu hilang semuanya!!!!!! Lagi-lagi kau kata…melayu lupa dan melayu derhaka. Mana melayu mahu sengsara…mana melayu mahu derita!!!!
Melayu sendiri yang punya angkara…andainya maruah tidak terbela….andainya nasib tidak terjaga..andainya tanah air bertukar bangsa….bukan melayu tak tahu itu semua.
Melayu tidak mahu berputih mata…
Dulu semasa melayu percaya…kenapa melayu yang dilupa…melihat melayu sebelah mata…mendengar melayu sebelah telingga…yang terdekat sahaja yang didengarnya, yang disebelah sahaja yang dipandangnya..
Melayu bukan tak sayang Negara....melayu seolah-olah terpaksa. Apa lagi pilihan yang melayu ada. Semoga ada yang buka mata. Semoga tiada yang pekakkan telinga. Biarlah ini yang pertama dan biarlah ini juga yang terakhirnya. Jadi pengajaran untuk selamanya.
Kau kata melayu lupa…kau kata melayu derhaka…Apakah kau tidak lupa?Apakah kau tidak derhaka?Apakah kau taat setia pada agama,bangsa dan Negara…?
Lagi di....http://malayakini.blogspot.com